DiGi.Com Berhad (DIGI), penyedia perkhidmatan mudah alih dan Internet, mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM378.5 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac lalu berbanding RM372.4 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya.
Menurut syarikat itu dalam satu kenyataan, jumlah dagangan turut mengukuh kepada RM1.29 bilion daripada RM1.218 bilion sebelumnya.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Johan Dennelind berkata, umpulan itu mengumumkan pembayaran dividen interim pertama 35 sen setiap saham biasa pada 18 Jun ini.